USD/MYR


ForexProsThe Forex Charts Powered by Forexpros - The Leading Financial Portal.

Ahad, 25 November 2012

5 Petua Penjagaan Kulit


Pastikan Kulit mendapat sinaran matahari secukupnya
Cahaya matahari mengandungi Vitamin D yang membuatkan kulit sihat dan tampak muda. Bagaimanapun pastikan tidak terdedah kepada sinaran mentari selepas jam 10.00 pagi  kerana selepas waktu itu, cahaya matahari akan memberi lebih banyak keburukan dari kebaikan. ketika matahari terik, pakai topi atau payung supaya kulit tidak rosak dan terdedah kepada pelbagai risiko penyakit lain.


Minum air secukupnya
Air dapat mengekalkan kelembapan kulit dan menjadikannya kelihatan muda

Makan banyak sayur-sayuran
Sayur-sayuran memang baik untuk kesihatan, juga keremajaan kulit. Lebihkan sayur-sayuran yang berwarna untuk mendapatkan lebih banyak antioksidan, bahan yang penting untuk melambatkan penuaan. Tambah kunyit dan lada hitam untuk kesan optimun.

Bersenam 
Bersenam membantu melancarkan peredaran darah dan sistem badan, termasuk perkumuhan menerusi perpeluhan. Badan bukan saja akan menjadi lebih sihat, kulit juga menjadi cantik dan lambat tua.

Minda yang tenang
Untuk mendapatkan kulit yang cantik, seseorang harus mempunyai pemikiran yang tenang. Tenang dan gembira dengan diri sendiri juga persekitaran.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan